Friday, July 24, 2009
CiKgu Oh CikGu...
adoiii....penatnyerrr.....makin bertimbun keje..makin banyak keje tertangguh..mane satu nak kene selesaikan ni....huhuuhu...susahnyer jadi cikgu...betul la ayah bunga cakap..bukan senang untuk jadi pendidik yang betul- betul pendidik..erm..sebut pasal ayah, rindu plak family kat umah. bile la boleh balik terenganu...tak sabar nak citer dengan mak & ayah pengalaman jadi cikgu...tapi rindu tu bolehla hilang cikit- cikit..sebab hari- hari mak & ayah bunga tepon tanya keadaan bunga.mereka tak pernah mis tau call bunga.ermmm...cyg mak& ayah..bunga sayang,bunga rindu sangat mak&ayah...muahh..muahh..k lah nak sambung keje nati tak siap plak.minggu depan penilai nak datang,so, bunga tengah buat persiapan la ni dengan rakan seperjuangan bunga..huhuhu
Thursday, July 23, 2009
hari ini 59 hari
59 hari sudah bunga menjadi warga AZIZIAN. banyak pengalaman manis, pahit, suka, duka yang bunga lalui..dengan keazaman yang tinggi bunga cuba mengharungi pelbagai cabaran yang ada bagi menyempurnakan tugas sebagai mahasiswi UPSI yang gemilang, cemerlang & terbilang..pernah juga airmata bunga menitis untuk menempuhi cabaran yang ada...dengan semangat dan bantuan orang- orang yang disayangi di sisi, bunga dapat harunginya walaupun pahit. tanpa sokongan mereka bunga rasa bunga tak mampu untuk menghadpinya sorang- sorang..kak su..time kasih..bertuah sangat bunga sebab dapat kaunselor pembimbing yang sangat memahami dan banyak membantu & membela bunga sepanjang bunga berada di SMKSAA ini. tidak lupa juga kepada penyelia yang tersayang iaitu En.Zulkifli Mamat yang sangat memahami pelajar- pelajarnya. suntikan semangat yang diberikan kepada bunga sangat2 bunga hargai. tak lupa juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan. bunga harap bunga dan kawan- kawan dapat habiskan praktikum dengan baik dan sempurna..INSYA-ALLAH..AMIN..
kewujudan bungaku-kencanawangi
tepat jam 11.15 pagi bersamaan 23 Julai 2009 blog bungaku-kencanawangi telah siap dibangunkan..selamat pagi kepada bloggers...apa khabar semua...diharap semua sihat wal-Afiat hendak-Nya. hari ini bunga nak perkenalkan diri...bunga orang baru dalam dunia blog ni...bunga harap bunga dapat lebih ramai kawan melalui blog ini. bunga suka berkawan dengan sesiap sahaja yang sudi berkawan dengan bunga...bunga nak kongsi cerita, pendapat serta apa sahaja yang boleh dikongsi bersama bloggers..
Subscribe to:
Posts (Atom)